Sedikit Tentang Aku

MR.YMenjadi guru bagi dua mata pelajaran iaitu Sejarah dan Bahasa Melayu. Memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik sejak 1998.

Rasa ingin belajar dan mengetahui bagaimana membina sebuah blog secara tidak langsung telah menjadi motivasi yang sangat mahal. Kalau orang lain boleh dengan mudah menghasilkannya…masakan kita tidak boleh… Kadang-kadang terlintas idea-idea yang tidak difikirkan datang tanpa sengaja….hebat kuasa Allah menciptakan manusia sedemikian rupa. Apabila difikir-fikir, idea tu bagus juga kalau direalisasikan dan dimajukan….. Akupun mau tengok apa akan jadi pada blog ini seterusnya….mohon keberkatan dan kekuatan.

Angan-angan yang baik kalau dapat diterjemahkan, kita bukan lagi keturunan Mat Jenin, bahkan pencapaian itu sangat positif bagi aku, walaupun pada ukuran dan penilaian orang lain pencapaian itu mungkin menimbulkan rasa kasihan…(kasian…..!!!!). Tetapi tidak mengapalah, apa yang penting setiap yang kita lakukan sentiasa ada kelainan daripada sebelumnya…sekurang-kurangnya sedikit dari segi kualiti atau setidak-tidaknya bertambah dari segi kuantitinya.

Aku sebenarnya mahu mencuba bagaimana rasanya ada blog sambil berkongsi-kongsi ilmu, maklumat, pandangan dan sebagainya dengan sesiapa sahaja yang mempunyai cita rasa yang sama.

Sama ada guru, pelajar atau ibu bapa yang mengakses blog aku ni…mudah-mudahan mendapat manfaat….terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: